Search ImagingPixel for Images by Camera or Lens

Fotografi Digital, Bermula Sekadar Mampu

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 01
Tidak perlu kamera tercanggih, tidak perlu kamera termahal, cukup sekadar mampu.

Karya seni fotografi banyak bergantung kepada daya kreatif individu, tidak semestinya kepada kecanggihan peralatan. Kegairahan mendapatkan hasil kerja yang baik tidak juga perlu dibiayai dengan kos diluar kemampuan keewangan. Mungkin peralatan fotografi ala kadar sahaja sudah cukup untuk medapatkan hasil gambar yang tepat, padat, dan dapat dibanggakan.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 02
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 03

Daya kreatif fotografi kini dapat disalurkan melelui beberapa perantaraan. Bagi peminat fotografi filem usaha-usaha mendapatkan kamera dan lensa 'vintage' serta filem negatif yang telah lusuh mungkin menjadi minat utama. Peminat fotografi digital pula bedepan dengan pilihan kitaran produk-produk baru yang tidak kehabisan. Kecanggihan kamera pada telefon pintar juga kini menjadi pilihan diluar dugaan.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 04
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 05

Apakah tahap belanjawan yang sesuai untuk melibatkan diri dalam seni karya ini? Jika dilihat dari analogi sukan renang terjun, sanggupkah kita mencari kejayaan sukan ini dengan cabaran terus lompatan dari pelantar 10 meter, atau adakah lebih sesuai jika kita mulakan perjalanan ini dengan berjinak-jinak dahulu dengan papan anjal yang terletak pada ketinggian 1 meter dari permukaan air.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 06
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 07

Kita juga tidak boleh menolak bahawa teknologi sokongan industri fotografi juga memainkan peranan penting. Imej-imej yang di ambil dengan jenis-jenis kamera yang berlainan dan berbeza, tidak kira demgan kamera filem atau kamera digital, kini mampu di pasca-proses dalam bentuk digital untuk dicetak dalam Internet, melalui laman-laman blog, laman interaksi sosial, atau sebagainya.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 08
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 09

Apakah saiz gambar yang sesuai untup tatapan Internet. Mungkin yang tidak melibatkan beban muatnaik yang tinggi dan mengambil masa yang lama, juga sekadar puas lihatan apabila dipapar dalam laman blog, Facebook, Tweeter, Instagram atau sebagainya. Gambar-gambar pada laman diambil dengan hanya sebauh kamera kecil 5MP dengan saiz sebenar imej yang dirakam sebesar 2592x1944 pixel. Ikeg-imej ini telah dikemaaskini dengan perisian Olympus Viewer 3 (OV3) dan dimuatnaik dalam saiz 640x480 pixel.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 10
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 11

Kamera yang digunakan untuk mengambil gambar-gambar ini ialah kamera yang dilengkapkan pada telefon bimbit Nokia Asha 300, satu jenama telefon bimbit keluaran akhir tahun 2011.

Nokia Asha 300

Kamera (paling) kecil molek ini, walaupu agak susah digunakan kerana saiz skreen yang kecil dan tidak boleh kelihatan paparannya dalam cahaya luar yang terang.

Apabila digunakan hanya sebagai sebuah kamera, pengunaannya adalah tanpa kos dan tidak membebankan kita langsung dari segi keewangan.

Unit-unit yang baik juga masih boleh hidup berfungsi sepenuhnya walaupun disimpan tanpa guna selama beberapa tahun.

Sesuai dengan penggunaanya ialah lekapan soket sambungan USB yang boleh digunakan untuk memuatnaik gambar-gambar dalam simpanan ingatannya ke sistem aplikasi pasca-pemprosesan pada komputer.

Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 12
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 13
Fotografi, Pilihan Kamera Ala Kadar 14

Sebagai permulaan, jenis dan jenama kamera tidak perlu menjadi keutamaan, tidak perlu mengeluarkan modal besar untuk dimulakan. Yang penting ialah bagaimana mengolahkan apa yang ada kepada naluri kreatif dan ekpresi diri.

Hasil karya mula juga mungkin tidak setanding penggunaan camera telefon yang lebih canggih dan termahal seperti yang ditulis oelh Ming Thein seperti dalam blognya Photoessay: guess the format...

Apa pendapat Anda?



Vintage Camera Marketplace by ImagingPixel

Malaysia's Online Marketplace for Vintage Film and Digital Cameras, Lenses,
and Camera Accessories.
Follow ImagingPixel on Facebook, Pinterest, and X.

No comments:

Post a Comment

Popular on ImagingPixel